Popular Posts
-
Hai..selamat bertemu kembali (ceh..dah mcm rancangan tv je kan)..ermmm..mlm td jenuh aku pikir pasal blog baru aku ni..antara yang bermain d...
-
ada pepatah mengatakan "tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China", hari ni aku join budak2 belia kampung aku belajar membuat Blog a...
-
10/05/2011 03:53p Terdekit hatiku untuk membuat blog selepas aku melihat dan membaca blog seorang rakanku Khairul Azmin (bukan nama se...
Wednesday, 25 May 2011
Friday, 20 May 2011
AKU dan Pembelajaran..
ada pepatah mengatakan "tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China", hari ni aku join budak2 belia kampung aku belajar membuat Blog anjuran Kolej Komuniti Segamat..terima kasih kepada semua yang terlibat... walaupun aku dah pernah buat Blog sebelum ni..tapi banyak jugak benda baru yang aku pelajari dan dapat berkongsi dengan peserta lain..bagi aku tiada istilah "dah tau" atau "dah pandai" dalam diari hidup aku..sebab aku pernah dgr orang2 alim bg tau..kalau kita cakap dah tau atau dah pandai..Allah akan tutup pintu ilmu untuk kita..jadi aku sokong sangat pepatah melayu "menuntut ilmu dari dalam buaian sehingga ke tiang lahad"..so, kesimpulan nye.. JOM CINTAI ILMU..

Tuesday, 10 May 2011
Cermin Kehidupan..
Hai..selamat bertemu kembali (ceh..dah mcm rancangan tv je kan)..ermmm..mlm td jenuh aku pikir pasal blog baru aku ni..antara yang bermain di ruang galaksi minda ku ni adalah..ada ke org nak bace blog aku ni..perlu ke aku cerita pasal kehidupan aku kat blog ni..dan yang paling aku risau tu..mcm poyo je aku ni nak ada blog2 semua ni..TAPI, bila aku pikir2 balik semua tu bergantung pada niat..bagi aku,tak salah aku buat blog ni..janji aku x memburuk2kan sesiapa dan yang paling penting,,aku rasa gembira dan puas bila menulis blog ni..biarlah org nak cakap aku poyo ke..kerek ke.. x da sape nak bace blog aku ni ke..janji aku dapat berkongsi pengalaman kehidupan aku..
"Cermin Kehidupan"..bagi aku kehidupan ni suatu anugerah..jd terpulanglah pada kita untuk menilai dan menghargai anugerah itu mcm mane..Allah s.w.t, memberikan kita sebagai manusia ni dengan bermacam2 nikmat yang tidak terhitung banyak nye..contoh, nikmat MATA. dengan mata kita boleh melihat pelbagai warna..pelbagai rupa..pelbagai bentuk..walhal..mata kita hanya dua dan tidak ada suis atau cip yang digunakan untuk "memprogram" semua fungsi itu..dan yang paling best tu..Allah menganugerahkan mata kepada kita secara percuma sahaja tanpa perlu kita membayar sesen pun..Maha Pemurahnya Allah s.w.t. Ceh..dah mcm ustaz Amirul plak aku ni kan..sebenar nya aku x lah pandai sangat bab2 agama ni..aku cuma cakap n berkongsi apa yang kita gunakan n lalui sehari-hari. Kadang2 orang terlepas pandang perkara ni..orang nampak peristiwa yang besar2 atau fenomena yang unik atau jarang2 berlaku, untuk merujuk kepada kekuasaan dan kehebatan Allah. Padahal disekeliling kita dan dalam diri kita sendiri terdapat bukti2 kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Betul cakap Dr Fadzilah Kamsah..sebelum tidur sebaik2 nya kita merenung dan muhasabah diri kita. ish mcm panjang je kan aku membebel ni..apa kaitan tajuk "Cermin Kehidupan" dengan perkara yang aku tulis ni..kesimpulannya mudah je..kehidupan ini ibarat cermin untuk kita melihat diri kita sendiri dan melihat kehebatan dan kekuasaan Tuhan Semesta Alam, Allah s.w.t. seterusnya mendekatkan diri kita kepadaNya dan menjadi insan yang lebih berkualiti. eh..terlupa plak..kan aku janji nak bg tau kenapa aku pilih fasa kata "seketika ku disini" sebagai tajuk blog aku kan..heheehe..nanti eh aku bg tau..cos tengah susun ayat yang power2 ni..biar korang bace boleh ngais mcm tgok filem Nurkasih (promote tu..)..
10/05/2011 ~ Suatu permulaan..
10/05/2011 03:53p

Terdekit hatiku untuk membuat blog selepas aku melihat dan membaca blog seorang rakanku Khairul Azmin (bukan nama sebenar) :-).... Pening gak nak pilih nama blog ni..yelah..mesti nak pilih nama yang best2 dan sedap2 kan..mane tau ble menang awards ke..last2 aku pilih nama "seketika ku disini"..kenapa aku pilih fasa kata tu? mesti ada sebabkan..nantilah aku pikirkan kenapa aku pilih fasa kata tu eh..tapi hanya satu je tujuan ku membuat blog ni.."berkongsi pengalaman dalam sebuah ruang yang dinamakan KEHIDUPAN"...ok..nanti ada masa aku tulis lagi eh (belum ada idea lagi ni..hehehe)


Terdekit hatiku untuk membuat blog selepas aku melihat dan membaca blog seorang rakanku Khairul Azmin (bukan nama sebenar) :-).... Pening gak nak pilih nama blog ni..yelah..mesti nak pilih nama yang best2 dan sedap2 kan..mane tau ble menang awards ke..last2 aku pilih nama "seketika ku disini"..kenapa aku pilih fasa kata tu? mesti ada sebabkan..nantilah aku pikirkan kenapa aku pilih fasa kata tu eh..tapi hanya satu je tujuan ku membuat blog ni.."berkongsi pengalaman dalam sebuah ruang yang dinamakan KEHIDUPAN"...ok..nanti ada masa aku tulis lagi eh (belum ada idea lagi ni..hehehe)
Subscribe to:
Comments (Atom)